Entry: hehhehe... cam best laks baca mende ni... 21.5.05



Awak, hari ini awak nampak serabut semua orang perli dan kutuk tapi ada gak hati yang puji jadik you can always count on me  Awak,hari ini awak nampak cute semua orang puji tapi saya puji dalam hati padahal nak gak puji sekaut hati  Awak, hari ini awak senyum kat saya tapi saya buat-buat tak nampak padahal nak elak dari pengsan nak elak dari kawan-kawan saya perasan

Awak, hari ini saya senyum kat awak tapi awak jalan depan saya jadi senyum pun tak guna kalau nak lambai lagi apa guna  Awak, hari ini awak datang kelas saya tapi saya buat bodoh aje padahal bumi nie dah rasa tak cukup graviti rasa cam nak hilang lari bawa diri  Awak, hari ini awak tegur saya tapi saya buat-buat pekak bukan jual mahal,saya tak layak sebab nak elak daripada tak boleh berhenti borak  Awak, hari ini saya tegur awak tapi saya tegur awak dalam hati tak kisah awak ejek saya hari-hari kalau tu boleh buat awak happy

Awak, hari ini kita duduk semeja saya depan awak,awak depan saya tapi rasa macam jauh je padahal tak sampai sedepa  Awak, hari ini awak beratur belakang saya tapi saya tak tahu nak cakap apa jadi saya belah macam tu je  Awak, hari ini berubah situasi tapi saya still kat sini padahal dah kosong tak berisi fikiran kat sana,badan kat sini  Awak, hari ini saya tulis sms kat awak lagi tapi saya rasa malu nak sending jadi saya simpan dalam outbox sendiri boleh saya baca hari-hari  Awak, hari ini saya rasa rindu tapi saya tak nak ngaku padahal saya check handset tiap-tiap waktu kot ada message from you

Awak, hari ini semua orang kutuk diri ini tapi sikit pun saya tak ambil peduli tapi bila awak pun join sekaki saya rasa sedih tak terperi  Awak, hari ini saya lalu depan rumah awak tapi saya tak nampak pun kelibat awak saya pandang bumbung pun jadi kurang sikit rindu di hati  Awak, hari ini awak puji kawan saya semua baik tak ade yang cela tapi kenapa bila saya awak pandang takde mata  Awak, hari ini saya risau pasal awak siang malam doakan keselamatan awak padahal saya, awak sedikit pun tak ingat kenapa la saya nak buang keringat 

Awak, hari ini saya pandang awak curi-curi sebab nak cakap berdua,tak cukup berani dalam hati doa awak sedari apa yang terpendam dalam hati  Awak, hari ini awak citer pasal gadis itu lagi saya buat-buat dengar tapi dalam hati rasa nak lemapang je tuan punya diri awak tak tahu ke saya terasa hati  Awak, hari tu saya benci sangat kat awak tapi hari ni saya suka sangat kat awak sebab saya tak leh nak lupakan awak ingat kat awak awak awak awak  Awak, hari ini saya nampak awak lagi tapi awak tak macam dulu lagi jadi saya terdiam sendiri tak tahu nak buat apa lagi  Awak, hari ini saya dah janji........nak pergi ikutkan hati memang nak pergi tapi,tahu kenapa tak leh pergi

Awak, hari ini saya menyesal ada ego yang tinggi tapi dah tak ada harapan kat sini jadi nak tak nak terpaksa sendiri  Awak, hari ini hari terakhir nampak awak tapi awak tak toleh kat sini awak focus kat handset sendiri  Awak, hari ini saya tengok gambar kita senyum tapi gambar tinggal gambar nak buang sayang nak simpan sedih  Awak, esok antara kita ada balai berlepas esok tak ada esok untuk saya esok juga tak ada esok untuk awak  Awak, semoga satu hari nanti  saya menginsafi diri tak nak ada ego tinggi lagi buat merana seorang diri buat saya sakit hati

Awak, kalau nanti awak dah ada si dia di sisi jangan awak tunjuk tuan punya diri sebab confirm saya akan makan hati adui.........melepaslah lagi  Awak, sebelum saya pergi hari ini.........kat sini saya janji semua ini untuk awak sebab kenal awak anugerah terindah saya miliki

   2 comments

slumbermann
May 23, 2005   08:35 PM PDT
 
ntah aa... gi memaner jer aa kot.... huuhuhuhu... obersea kot...
sweetbabygal
May 23, 2005   07:24 PM PDT
 
dier nak gi maner jer?

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments